Wednesday, July 21, 2010

Entri pemberitahuan.

assalamulalaikum.

waktu delivery
post entry ini dengan rasa berat hati sebab terpaksa sedikit tegas.
pertama sekali saya nak ingatkan yang saya hanya akan pos semua
shawl pada hari ISNIN dan JUMAAT sahaja. jadi, kalau sesiapa
yang bayar selepas/pada hari ISNIN memang saya akan pos pada
hari JUMAAT. tapi selalunya, saya akan berusaha jugak pos pada
hari- hari lain kalau saya free.

during delivery
bila saya dah pos, segala urusan pengeposan akan dilakukan oleh
pos ofis. jadi, sebarang masalah atau nak handle cepat atau lambat
posmen tu nak hantar DILUAR BIDANG KUASA saya. sekali lagi
saya akan cuba call pihak pos ofis, JIKA ada yang email saya tentang
masalah shawl yang tak sampai. before ini masalah delivery kurang sbb
saya akan bertungkus lumus membalut dan mengepos shawl walaupun
sudah jam 3 4 pagi. tapi kali ini, saya terlalu sibuk dengan jadual belajar
saya dan weekend jugak sangat sibuk dengan event itu dan ini.

who handle the blog?
orang yang menghandle blog adelah saya seorang. yang reply email saya.
check stock saya, amek stock saya, ambil gambar saya, bungkus barang 
saya. semuanya saya seorang yang buat. jadi, boleh tolong bayangkan
betapa saya sangat penat? betapa saya memerlukan anda memahami
keadaan saya? saya dapat reply email within 24 hours sebab hp saya
dapat terima email. jadi jangan pula ada yang cakap, reply email cepat
nak pos bukan main lambat. saya sedang berusaha yer. jangan ingat
saya buat kerja sambil lewa.

tipu customer ke?
tak pernah sekali pun. saya buat business ni dah lama. bukan baru 2 3 hari.
kalau saya tipu orang, saya tak kan dapat kekal sampai sekarang takkan
dapat maju sampai sekarang. jangan fitnah saya. tolonglah. itu yg paling
saya takut dalam buat business ni.


status saya apa?
saya adalah pelajar ijasah jurusan perakaunan sepenuh masa.
dan blog ini di adakan kerana minat saya yang sangat2 mendalam
dan jugak kerana saya ingin provide quality product with very
reasonable price. kalau perasan kebanyakkan shawl saya akan
lebih murah dari blog lain. contoh macam shawl emas  saya jual
hanya RM25 free postage. dan blog lain jual Rm30++ banyak
yang saya tawarkan ( bagi saya ) sangat berpatutan dan saya harap
kalau tak semua, segelintir pun jadilah untuk menghargai usaha saya.

minta maaf kerana entry ini panjang dan penuh emosi. kalau boleh taknak
pos entry berkaitan perasaan dan ketegasan di lain masa. InsyAllah.

semoga Allah terus memberkati perbuatan dan kata - kata kesat anda.
Amin. ( for whom to be specific. )

6 comments:

Xxura said...

sbr la diana..sy pn bru je kena mcm awk ni..huhu..cust ni kdg2 xphm dan xleh nk tggu parcel mereka..huhu...nk byr liat tp nk dpt parcel cepat je..tawakal dan sabar dgn dugaan ni sume yea

cosmoladies

bungabesi nan indah said...

sabar banyak2 ye diana..bukan senang nak jadi senang,,dan bukan senang orang leh tgk kita berjaya..anggap tu satu cabaran untuk terus maju! keep on going girl!u go girl!

B E L L A said...

I am one of your customer. But maybe you didn't even know I am. teehee. I confirm order, bank in ahad, and you post it on Monday kot. I got it exactly on Selasa. Excited kot sebab jarang beli anything online. If got kesempatan I'll buy more from you. love dealing with you, cepat, not fussy or what and I love the thing I bought. :) Thank you. Be patient k. Its not easy to be easy. :)

Fara said...

erm.. btul tu.. rasanya diana je yg jual shawl & inner yg berpatutan sgt2.. sabar ya diana..

dianna said...

terima kasih semua :')

淑娟淑娟淑娟 said...

在莫非定律中有項笨蛋定律:「一個組織中的笨蛋,恆大於等於三分之二。」. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

 

Blog Template by YummyLolly.com